Cabaran dedah aurat tindakan golongan jahiliyah moden

NURIDAH1

UMAT Islam mestil memahami tuntutan menutup aurat yang diperintahkan oleh Allah SWT sejak dari kecil. Didikan awal seharusnya ditegaskan kepada semua supaya kefahaman mengenai kewajipan orang Islam difahami sebaiknya.

Advertisement

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud: Katakanlah kepada orang laki–laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allâh maha mengatahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Banyak lagi dalil al-Quran dan hadis mengenai kewajipan menutup aurat. Namun hari ini, perintah tersebut secara jelas dipermainkan oleh golongan ingkar. Kenyataan terbaru melalui bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Mail, Endie Shazlie Akbar menggesa agar lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab jelas melampaui batas seorang muslim.

Melalui akaun twitternya, beliau berkata “Trying to make this world a better place by urging girls to take off their tudung and #MakeFreeHairGreatAgain!” (mencuba menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik dengan menggesa wanita untuk menanggalkan tudung mereka dan menjadikan rambut yang bebas tanpa hijab kembali hebat).

Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia melihat isu ini satu kebiadaban apatah lagi ia muncul daripada seorang muslim. Di sini kami melihat betapa hari ini agama Islam dipermainkan sewenang-wenangnya.

Justeru, kami menegaskan supaya beliau menarik balik kenyataan biadab tersebut dan kembalilah ke jalan yang benar. Pihak berwajib juga seharusnya mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga hak agama rasmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

Akhir kalam, kami berharap penerangan demi penerangan daripada semua pihak disebarluaskan bagi menangani isu ini berulang lagi. Tiada apa yang lebih baik dari seorang muslim itu selain menyampaikan kebenaran walaupun dengan sepotong ayat. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang taat dan beramal dengan perintah Allah SWT.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
13 Julai 2017 / 19 Syawal 1438 – HARAKAHDAILY 13/7/2017