Tahniah Ziyad kerana pecah rekod dunia – DACS

DACS Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlit paralimpik negara, Muhamad Ziyad Zolkefli yang telah memecahkan satu lagi rekod dunia.

Advertisement

“Tahniah kepada atlit paralimpik negara, Muhamad Ziyad Zolkefli yang telah memecahkan satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London semalam.” demikian dinyatakan oleh Pengarah, Department of Arts, Culture and Sports (DACS), Dewan Pemuda PAS Selangor / Malaysia, Muhammad Fadzli b. Abu Bakar dalam suatu kenyataannya.

Dalam pada itu DACS juga mengucapkan tahniah kepada seorang lagi atlit paralimpik negara.

“Tidak dilupakan juga sekalung tahniah dan syabas kepada seorang lagi atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly yang memenangi emas serta memperbaiki rekod lompat jauh yang diciptanya sendiri pada tahun 2015 di kejohanan yang sama,” nyata beliau lagi.

Muhammad Fadzli juga berharap kejayaan atlit paralimpik ini dapat terus memberi inspirasi kepada seluruh atlit negara dan rakyat Malaysia. – HARAKAHDAILY 18/7/2017