Dia sendiri tak pergi masjid

ORANG yang tengok Islam setakat kampung dia saja akan kata bahawa wujudnya lebih dari satu masjid dan surau dalam satu kampung adalah punca perpecahan masyarakat.

Advertisement

Sebelum nak cerita hal di negara luar, di Putrajaya sendiri, setiap Presint ada surau. Malah dalam Presint yang sama, wujud beberapa buah surau di setiap fasa yang berbeza. Masjid besar ada 2 buah. Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dr Azman2Saya biasa kuliah di Putrajaya. Kita sedia maklum bila jemaah tak berapa ramai sebab di Putrajaya ini ada banyak surau. Belum lagi dikira 2 masjid besar tersebut. Padahal di Putrajaya tak ada surau atau markas PAS. Tetapi tetap wujud banyak surau.

Kalau di Iraq, selang beberapa ratus meter sahaja ada masjid. Di Mesir lagi banyak masjid dan musolla. Pandangan yang menyatakan dalam satu kampung hanya boleh didirikan satu masjid sahaja adalah pandangan yang tak berpijak di alam realiti.

Masjid dan surau dibina sebagai tempat ummat Islam menyembah Allah serta membina ukhuwwah dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Bagaimana boleh jadi bila bina masjid maka masyarakat jadi berpecah. Kecuali kalau masjid itu seumpama Masjid Dhirar.

Satu kes di Dungun bila sebuah masjid yang telah diadakan solat Jumaat sejak turun temurun gagal untuk dikuasai oleh orang-orang Umno, maka Kerajaan Umno Terengganu telah membina sebuah masjid baru bagi tujuan untuk mematikan masjid lama. Lebih teruk, selepas itu orang PAS pula yang dituduh mendirikan 2 Jumaat dalam satu mukim. YB Ustaz Wan Hassan, Ahli Parlimen Dungun ada fakta tentang isu ini.

Cuma biasanya orang yang suka bising tentang isu wujudnya beberapa surau dan masjid dalam satu kampung ini, dia sendiri tak pergi masjid pun. Mungkin bila ada banyak masjid dan surau, dia jadi pening tak tahu nak pergi yang mana satu. Akhirnya kira tak pergi semua!

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
19 Julai 2017 – HARAKAHDAILY 19/7/2017