Hujan lebat tidak halang Ijtimak Kelantan 2017

PENTAS Ijtimak Kelantan 2017 malam pertama tetap hangat biar pun hujan dan guruh agak kuat menjelang Maghrib tadi.

Advertisement

Hujan turun begitu lebat tempias ke bawah khemah besar tempat berlangsung ijtimak di Dataran Stadium menyebabkan kuliah Maghrib yang dijadualkan dibatal.

Malah bekalan elektrik juga terputus seketika. Hujan lebat memaksa petugas sukarelawan terpaksa bekerja keras mengalih kerusi ke tempat teduh.

Tikar tempat solat juga basah kuyup di bawah khemah. Solat Isyak tetap diadakan biarpun keadaan basah. Sebahagian jemaah basah seluar dan kain yang dipakai.

Solat Isya diimamkan Setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Huzaifah Fauzi.

Sehingga sekarang sebahagian orang ramai yang hadir merupakan anak muda. Hampir kesemuanya berbaju T hijau yang tertera perkataan PAS.

Malam ini berlangsung perasmian praijtimak oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah. Sejurus selepas itu akan diadakan forum. – HARAKAHDAILY 20/7/2017

IjtimakHu 3

IjtimakHu 2