Kelantan hargai dipilih lokasi ijtimak antarabangsa

KERAJAAN Kelantan merakam ucapan terima kasih kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia kerana memilih negeri tersebut sebagai lokasi ijtimak.

Advertisement

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata ijtimak terbabit memberi kebaikan kepada umat Islam.

Katanya kerajaan Kelantan sedia memberi kerjasama bagi menjaya pelbagai program lain pada masa akan datang.

“Ijtimak ini akan lahir natijah bagi meningkat perpaduan dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika merasmikan praperasmian ijtimak di Dataran Stadium malam ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, naib presiden, Ustaz Idris Ahmad, Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub, anggota Exco dan wakil rakyat.

Mohd Amar juga berkata, hujan lebat pada ijtimak malam ini sebagai petanda akan lahir seorang pemimpin yang hebat di zaman ini. – HARAKAHDAILY 20/7/2017