Ramai usahawan minat sertai ekspo ijtimak

JAWATANKUASA Ekspo dan Pameran sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia terpaksa menolak banyak permohonan peniaga yang mahu menyertai ekspo terbabit.

Advertisement

Setiausaha Ekspo dan Pameran, Zailani May berkata, hanya 120 gerai usahawan dapat disediakan di tapak ekspo.

“Kita menghadapi masalah ruang yang terhad, lebih-lebih lagi gerai jualan dibuka kepada usahawan dari seluruh negara,” katanya di Kota Bharu.

Menurutnya juga di lokasi sama terdapat sebanyak 25 gerai pameran agensi kerajaan negeri turut disediakan.

Katanya, setiap agensi kerajaan negeri menyediakan informasi berkaitan agensi mereka.

“Saya berharap orang ramai yang menghadiri ijtimak turut mengunjungi gerai jualan dan pameran yang disediakan,” ujarnya.

Menurutnya juga gerai jualan usahawan Ijtimak Perpaduan Ummah mula beroperasi sejak semalam. – HARAKAHDAILY 20/7/2017