Peranan OIC kurang diyakini

BIARPUN selepas ratusan persidangan dianjurkan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) namun umat Islam masih lagi kehilangan arah.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata agensi itu seperti halimunan sehingga orang Islam sudah hilang keyakinan terhadap peranan OIC.

“Walaupun penubuhan asal agensi itu bagi mengangkat suara umat Islam di seluruh dunia dalam aspek seperti politik, ekonomi dan sebagainya,” katanya pada ucapan perutusan khas sempena perasmian Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia di Dataran Stadium hari ini.

Oleh itu beliau berkata, Ijtimak Kelantan dianggap sebagai titik permulaan bagi umat Islam di rantau Asia untuk membentuk kesatuan serta bertindak selari acuan syariat.

Ini sebab kata beliau golongan mustakbirin dan musuh sentiasa berusaha menjatuhkan pemerintah Islam sehingga kini. – HARAKAHDAILY 21/7/2017