Umat Islam perlu bersatu hadapi musuh

UMAT Islam disaran menyertai kumpulan atau gerakan Islam bagi menghadapi tentangan musuh yang semakin berani menentang agama Allah.

Advertisement

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bertujuan menguatkan saf Islam bagi menghadapi tentangan musuh yang datang pelbagai wajah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Khas Pagi Jumaat sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Ke-4 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Beliau berkata sekiranya musuh bersatu, umat Islam juga perlu bersatu menghadapi segala kemungkinan itu.

“Yahudi dan Nasara sebelum ini tidak boleh bersatu. Bagaimanapun ketika hendak melawan Islam mereka bersatu bagi menguatkan perjuangan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, orang Islam secara individu tidak mampu menghadapi tentangan itu, sebaliknya perlu bersama dalam saf Islam sebagaimana yang diajar Rasulullah SAW.

Tuan Ibrahim juga berkata, musuh kini berjaya mewujudkan perasaan ragu-ragu dalam kalangan oran Islam terhadap perjuangan yang ditinggal Rasulullah SAW. – HARAKAHDAILY 21/7/2017

ijtimak rasmi 3

ijtimak pagi jumaat 2