Takbir 27 kali bergema di Stadium Sultan Muhammad

LAUNGAN Allahu Akbar sebanyak 27 kali bergema dalam Stadium Sultan Muhammad IV berkali kali melengkapkan mesej pertahankan Kelantan.

Advertisement

Takbir kali pertama bergema ke seluruh stadium selepas lagu Negaraku dan Selamat Sultan dialunkan.

Sebelum itu perarakan kontijen yang diketuai ulama diikuti penghulu, pahlawan, antara kaum dan pemuda sambil mengibar bendera Kelantan.

Seramai 270 peserta mengambil bahagian dalam perarakan tersebut dari sudut stadium ke pentas utama.

Kemudian sekali lagi takbir dilaungkan dengan diketuai ahli parlimen Temerloh, Ustaz Nasrudin Hassan.

Dan sekali lagi laungan takbir sebanyak tujuh kali digemakan ketika ucapan khas wakil Papua New Guinea, Ustaz Fazlan Galamatan. – HARAKAHDAILY 22/7/2017

IjtimakSol

Takbir 1