PAS letak calon di kerusi potensi

PAS mempunyai strategi tersendiri untuk meletakan calon di kerusi yang diyakini boleh dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Advertisement

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, langkah itu dibuat berdasarkan keputusan parti dan bukan manipulasi pihak luar.

Katanya juga Pakatan Harapan juga tidak boleh dihalang bertanding di Kelantan sekiranya mereka juga berminat.

“Kita masing-masing ada parti, jadi kita berpendapat sebagaimana yang disebutkan Datuk Mohd Amar untuk bertanding di kerusi yang ada potensi.

“Tidak timbul soal hendak memperkecil-kecilkan mana-mana pihak, mereka hendak meletak calon di Kelantan pun boleh,” katanya selepas merasmikan program publisiti dan penyertaan awam, kajian semula rancangan struktur negeri Kelantan 2024 di Dewan Teratai hari ini.

Baru-baru ini Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dilapor meluahkan rasa terhadap hasrat PAS meletak calon termasuk di kerusi DAP dan PKR.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mengulas tindakan PAS Pulau Pinang melancar jentera pilihan raya di parlimen Permatang Pauh yang dikuasai PKR. – HARAKAHDAILY 26/7/2017