RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017: Ucapan MP Bukit Gantang

TERIMA kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kementerian yang telah pun mengambil satu daya usaha untuk membuat satu pindaan terhadap rang undang-undang Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Ini sesuai dengan kaedah yang dipegang oleh Islam iaitu kita hendak menolak kemudaratan yang lebih aula, lebih dahulu untuk kita hendak mengambil maslahah terutama di dalam soal pembelaan kepada golongan wanita.

Advertisement

UIAWalaupun kita faham dari segi statistik yang ditunjukkan oleh PDRM daripada tahun 2014 hingga 2016 terdapat 15,617 kes, 74 peratusnya ialah wanita dan 26 peratusnya ialah lelaki. Semua Ahli Parlimen tadi agak terkejut apabila ada orang lelaki yang terlibat di dalam kes penderaan ini. Walau bagaimanapun kes itu agak terpencil dan pada kita tidak sepatutnya berlaku juga lah dalam sama ada berlaku lelaki ataupun kepada wanita ia merupakan satu lambang keruntuhan di dalam rumah tangga. Ini kerana kita tahu kalau macam ini punya rupa bentuk macam mana kita hendak membentuk negara kita yang lebih baik dan yang akan menjadi mangsanya ialah anak-anak.

Oleh sebab itu kalau kita check pelajar-pelajar di sekolah-sekolah yang mengalami masalah disiplin. Pertama apabila kita lihat ialah emak bapa ini ialah terdiri daripada di kalangan orang yang ada masalah. Jadi sebenarnya dari segi psikologi sebenarnya kanak-kanak ini walaupun dia kecil pertengkaran, pergaduhan antara emak dengan ayah itu sebenarnya difahami oleh anak. Walaupun mereka masih kecil lagi tetapi itulah dia akan memberikan kesannya kepada besar nanti akhirnya mereka akan terlibat dengan kes-kes juvana, kes-kes vandalisme yang berlaku di dalam negara kita berpunca daripada soal keruntuhan rumah tangga yang berlaku. Begitu juga kita melihat bagaimana peningkatan yang dilaporkan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur setiap bulan telah pun meningkat sampai 150 kes satu bulan kalau dulunya hanya 10 hingga 70 kes sahaja.

Kita lihat di sana ada beberapa punca yang berlaku keganasan rumah tangga ini. Pertama ialah sikap lelaki. Kita tahu orang lelaki ini dia ada satu sikap ego dekat dia kerana kita bercakap ini kita seorang lelaki termasuk juga Tuan Yang di-Pertua. Kita ini ada sifat ego ini ada kepada kita orang lelaki yang tidak sepatutnya ada tetapi itulah sikap yang ada kepada kita kerana jarang kita lihat orang lelaki ini dia hendak ambil dengar pandangan isteri walaupun betul. Yang Berhormat Bagan Serai boleh bagi komen lah sikit.

Oleh sebab itu sikap lelaki ini kadang-kadang menyebabkan dia rasa ego maka akhirnya dia boleh bertindak dengan luar daripada perikemanusiaan.

Kedua ialah bahana daripada pada alkohol dan juga dadah. Ketiga, kita tengok bagaimana kekurangan pegangan agama. Kalau ada dari segi pegangan agama yang kukuh maka tidak timbul kerana hari ini kita lihat ramai dari kalangan isteri-isteri yang berpangkat besar. Suami yang berpangkat kecil tetapi kalau dia memahami bagaimana di dalam sistem rumah tangga walaupun dia itu berpangkat besar dari segi gaji dan sebagainya. Maka dia ialah sebagai seorang isteri yang perlu di sana adanya ketaatan kepada suami. Maksudnya ketaatan-ketaatan perkara-perkara yang baik dan dia tidak melakukan kepada perkaraperkara yang dicegah oleh agama. Ini faktor dia ramai hari ini kalau kita lihat bagaimana pasangan-pasangan yang bahagia yang kita lihat walaupun isterinya berpangkat besar kadang-kadang bertaraf sebagai JUSA, suaminya hanyalah sebagai pekerja biasa sahaja tetapi mampu hidup dengan baik dan melahirkan generasi yang baik. Akibat dan berpunca kurang pegangan agama ini akhirnya ini lah yang berlaku. Walaupun kita lihat kadang-kadang suami isteri itu berpangkat JUSA tetapi oleh kerana pegangan agama tidak ada akhirnya berlaku lah juga seperti mana keganasan dalam rumah tangga.

Begitu juga faktor lain ialah kerana faktor masalah ekonomi, masalah ekonomi. Ini kadang-kadang kita lihat apabila berlaku masalah keruntuhan ekonomi seperti pembuangan kerja, ditamatkan kontrak dan sebagainya. Kadang-kadang gangguan emosi ini berlaku.

Suami isteri pula kadang-kadang tidak faham, minta tuntutan macam-macam, dia minta. Lelaki pula dia emosi. Jadi akhirnya berlaku perkara yang tidak sepatutnya itu berlaku. Begitu juga faktor yang lain juga ialah kahwin lebih. Maka kadang-kadang kemampuannya tidak ada, bekerja hanyalah sebagai cukup untuk sara anak isteri seorang dua, seorang anak atau dua orang anak tetapi mereka telah berkahwin. Sifat orang perempuan ini kita tahu antaranya ialah sifat “cemburu”. Maka lelaki saya sebut tadi dia ada sifat dia, ialah sifat yang untuk marah dan sebagainya. Maka akhirnya kita lihat berlakulah tindakan-tindakan ganas yang tidak sepatutnya berlaku kepada orang perempuan.

Akhir sekali kita tengok puncanya ialah kerana ada di sana pihak ketiga. Ini pun sebab banyak berlaku kita lihat. Saya banyak kawan saya, kebetulan abang saya ialah merupakan seorang naib kadi, imam di kampung. Banyak kes yang dirujuknya kadang-kadang ada pihak ketiga yang mengganggu hubungan rumah tangga. Akhirnya berlakulah, emosi itu berlaku maka kita tengok di luar kemanusiaan yang mereka lakukan.

Jadi persoalan saya hendak tanya juga kepada Yang Berhormat Menteri, apakah penderaan itu hanyalah sama ada kepada suami atau isteri hanyalah penderaan dari segi sudut fizikal semata-mata? Ini kerana di sana ada juga, apakah ini tidak boleh termasuk dalam maksud penderaan? Ini kerana ada yang suami isteri yang tidak mahu bercakap. Kadang-kadang tidak mahu bercakap sampai bertahun pun ada tidak mahu bercakap tetapi tidak bercerai. Adakah ini juga termasuk dalam kategori kesalahan yang boleh dianggap sebagai satu penderaan kepada keganasan rumah tangga?

Kedua ialah membelakangkan isteri atau memalingkan muka semasa berada di atas katil misal katakan. Maknanya tidak — buat hal masing-masing. Ini benda yang kita lihat ada kes-kes yang berlaku begitu. Adakah ini juga termasuk dalam kategori penderaan? Akhir sekali pertanyaan saya ialah berkenaan dengan ada mereka yang mengutamakan perempuan lain tetapi mereka tidak bercerai sebagainya. Akan tetapi menyebabkan berlakunya sana gangguan emosi terhadap — kepada wanita itu tadi. Jadi di sini ada beberapa cadangan yang saya hendak mencadangkan. Pertamanya ialah kena segera kes-kes yang melibatkan soal keganasan rumah tangga ini kena disegerakan. Kalau boleh kena ada mahkamah khas untuk hendak selesaikan persoalan yang membabitkan soal keganasan dalam rumah tangga ini. Keduanya cadangan saya ialah supaya di sana ada rumah perlindungan dalam masa yang segera. Ini kerana kita tahu apabila seorang isteri – terutamanya kita rujuk kepada isteri apabila buat satu report mungkin antara bendanya ialah dia hendak balik rumah, mungkin tidak baliklah.

Dato’ Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Bukit Gantang. Sedarkah Yang Berhormat Bukit Gantang juga kadang-kadang masalah ketidakcekapan pejabat-pejabat kadi di daerah-daerah juga menjadi punca kepada masalah keganasan rumah tangga? Kadang-kadang ada isteri yang sentiasa mengalami masalah rujuk pejabat kadi minta nasihat. Kadang-kadang masalah itu boleh selesai apabila penceraian yang berlaku contohnya. Akan tetapi kadi kadang-kadang memberikan nasihat yang kadang-kadang tidak masuk akal menyebabkan jalan keluar tidak ada. Dari masa ke semasa wanita-wanita ini terus mengalami masalah dan nampaknya dalam banyak hal, kadangkala pejabat-pejabat kadi juga tidak membantu kerana ada kes-kes yang tertangguh begitu lama. Adakah Yang Berhormat lihat bahawa di sana juga ada masalah di pejabat kadi ini? Terima kasih.

Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Sungai Petani.

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Bukit Gantang, Limbang belakang ini, sikit.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya ingin hendak bertanya dengan Yang Berhormat Bukit Gantang iaitu tentang masalah-masalah kita sebagai wakil rakyat ini memang selalu didatangilah dengan wanita-wanita, ibu-ibu yang kena kepala tali pinggang besi apa itu, pernahlah mengadu dengan kita. Memang betul setengahnya mengadu kita pula daripada agensi-agensi yang sepatutnya. Apa yang saya perhatikan Yang Berhormat Bukit Gantang sebagaimana Yang Berhormat Bukit Gantang kata tadi mesti disegerakan. Saya juga mendapati banyak aduan ini yang mengadu kepada kita ialah pergi sana lambat, prosesnya terlalu panjang sehinggakan boleh menyebabkan perkara-perkara sempat lagi hari mereka mengadu itu sampailah tindakan diambil sempat lagi mereka ini dibelasah dan sebagainya.

Keduanya ialah tentang pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang tentang kalau suami yang dipengaruhi syabu dan sebagainya. Ini juga yang saya dapati proses ini hendak tangkap diambil tindakan orang kena suami yang ada pengaruh syabu ini macam-macam proses terlalu panjang sehinggakan akhirnya apabila sudah kata Yang Berhormat Bagan Serai tadi, dapat tiga anak barulah kes diambil tindakan dan seterusnya penceraianlah akhirnya. Saya ingin minta pandangan Yang Berhormat Bukit Gantang.

Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Terima kasih. Sama seperti mana kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Limbang.

Oleh sebab itu kita harapkan supaya mesti ada National Blue Ocean Strategy, supaya membabitkan semua agensi ini, supaya mereka ada SOP di dalam menyelesaikan masalah. Sama ada pejabat kadi kah, pejabat Peguam Negara kah, polis kah dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh selesaikan. Kita tidak hendak perkara-perkara ini yang menjadi mangsanya ialah wanita terutamanya. Saya yang paling sedih sekali ialah bukan sahaja ibunya tetapi ialah anaknya. Kita fikir anak, mak itu mungkin masa sudah lanjut. Akan tetapi apa yang penting sekali ialah anak ini kebanyakannya akan menjadi mangsa apabila berlaku.

Begitu juga Yang Berhormat Limbang, saya pun kadang-kadang saya hairan juga. Saya tengok kadang-kadang duduk dekat rumah itu sudah bergaduh ini. Ini pengalaman saya tengok, datang rumah abang saya sebagai imam. Datang rumah sudah bergaduh, bengkak semua. Yang syoknya waktu naik atas motosikal itu elok. Perjalanan daripada rumah ke rumah abang saya itu agak jauh. Elok berjalan, tongkat motosikal sahaja dia terajang bini dia pula. Sepatutnya dia terajang bini dia jatuh dalam sungai awal lagi, ini pelik kadang-kadang.

Akan tetapi alhamdulillah selepas kita nasihat-nasihat pula dia baik elok, mengandung pula selepas itu. Jadi itu satu perkara yang kadang-kadang, yalah perempuan ini Allah Taala berikan kepada dia sifat sebenarnya sifat ketaatan. Dia sifat taat ini ada kepada perempuan sebab itu Allah Taala jadi perempuan ini isteri. Dia tidak jadi lelaki, kita pun tahu penggerak kepada pilihan raya ini kebanyakan perempuan yang taat setia, yang tidak ada berbelah bahagi. Yang lelaki ini kadang-kadang ‘duk’ habiskan bubur kacang dengan bubur jagung dekat markas sahaja. Jadi orang perempuan ini dia rajin, rumah ke rumah dan sebagainya. Dia memang taat, dia dengar, dia tidak ada— itu kita beri pengiktirafan kepada perempuan. Akan tetapi kadang-kadang dieksploit oleh orang lelaki, tidak kena.

Jadi sebab itu juga yang keduanya ialah rumah perlindungan dalam masa yang segera saya sebut tadi ialah perintah perlindungan ini mesti diberikan dengan segera. Kalau dulu mungkin red tape payah, agak prosedur. Akan tetapi sekarang ini mungkin arahan daripada pejabat itu kalau dapat arahan malam dan sebagainya pun boleh pindahkan perempuan ini ke rumah perlindungan tadi.

Ketiganya kalau boleh disediakan beri modal teroka kepada— kalau kita hendak ambil tindakan kepada suami itu antara sebab kadang-kadang wanita dia takut untuk hendak report masalah dia. Kalau suami dia kena tangkap nanti, siapa hendak bagi anak hendak beri makan, itu yang difikirnya. Oleh sebab itu kita kena fikirkan juga untuk kita berikan modal teroka untuk mereka mulakan penghidupan baru mereka.

Keempatnya ialah pendidikan pencegahan kepada masyarakat. Kadang-kadang saya tengok terutamanya di kalangan wanita yang berada di luar bandar, kadang-kadang mereka tidak terdedah sebenarnya apa hak mereka yang mereka boleh buat. Hatta dalam konteks hari ini pun ada di kalangan wanita dia tidak faham dia ada hak dia, dalam konteks kita katakan wanita Islam. Dia tidak faham di sana dia ada fasakh. Fasakh ini dia boleh buat, dia duk fikir talak sahaja, sedangkan fasakh ini ialah kuasa daripada pihak perempuan tetapi dia tidak gunakan tadi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Kota Raja bangun.

Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Okey, sila.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sila.

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Bukit Gantang saya ingin bertanya dalam Islam lah suami yang mendera isteri ini, dari segi syarak apa hukumannya? Adakah Yang Berhormat Bukit Gantang bersetuju suami-suami yang begini ini kita pukul di khalayak ramai seperti yang akan dilakukan di Kelantan? Sebat di khalayak ramai untuk memberi pengajaran dan pendidikan kepada kaum lelaki supaya menjaga isteri seperti yang diamanahkan Allah SWT.

Tuan Idris bin Haji Ahmad [Bukit Gantang]: Okey terima kasih. Saya bersetuju. Ini kerana ia merupakan hukum ta’zir ini dia pulang macam mana prosedur untuk kita buat yang pentingnya untuk kita hendak menginsafkan dia. Kalau boleh pun kita letak dalam raga ayam. Letak tengah-tengah dekat traffic light pun tidak apa. Beritahu ‘saya ini pukul isteri’. Biar orang tengok setiap hari pergi pejabat tengok muka dia. Ini muka dera isteri. Itu juga salah satu daripada cara boleh buat juga selain daripada kita hendak sebat tadi. Jadi, yang lainnya ialah soal saya sebut tadi ialah pendidikan hak tadi.

Seterusnya ialah supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga perkara-perkara berkaitan tadi tidaklah mereka ini hanya menjadi pegawai meja. Maksudnya mereka mesti turun dan mesti pantau. Ini kerana tidak ramai pun dalam satu daerah itu yang sefahaman saya setiap dekat daerah itu dia ada jaga. Macam tempat saya sendiri pun dia ada tiga DUN itu dia ada tiga pegawai jaga ini DUN-DUN tertentu dan seingat kes-kes terpencil. Mungkin mereka ini boleh untuk turun bukan sahaja menjadi orang yang jadi pegawai meja semata-mata.

Ucapan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad semasa membahaskan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat pada 24 Julai 2017.