PAS tak pernah kata siapa…

PAS tak pernah kata siapa yang tak ikut PAS maka dia munafik.
PAS tak pernah kata siapa yang tak sokong RUU 355, bila mati kena tanam di jirat Cina.
PAS tak pernah arah ahli dia tak makan sembelihan orang Umno.
PAS tak pernah kata siapa tak ikut PAS maka dia tak masuk syurga.
PAS tak pernah arahkan ahlinya boikot dan pulau orang yang tak bersama dengan PAS.
PAS tak pernah arahkan ahlinya supaya jangan pergi ke masjid yang imamnya orang Umno.
PAS tak pernah arahkan ahlinya supaya jangan kahwin dengan orang Umno.

Advertisement

Dr Azman1Kita perlu bezakan antara pendirian dan keputusan parti dengan tindakan beberapa orang individu yang bermasalah dalam parti. Malah beberapa individu dalam parti yang menjadi juara isu kafir mengkafir suatu ketika dulu, mereka akhirnya masuk Umno dan mati sebagai ahli Umno.

Ada antara individu ini yang sebut dalam ceramah, Umno kafir sampai underware dia pun kafir! Akhirnya dia mati dalam Umno. Ada juga yang kata, orang Umno bila mati, kita tanam di kubur orang Islam, malam nanti dia akan merangkak pergi ke jirat Cina. Individu ini juga akhirnya mati dalam Umno.

Tindak tanduk dan perlakuan segelintir individu bermasalah dalam parti tidak boleh sama sekali dinisbahkan kepada parti. PAS sebuah parti besar yang menerima keahlian dari pelbagai peringkat dan latar belakang masyarakat. Sebahagian dari mereka tak mampu menghadam dengan baik segala dasar dan strategi parti. Mereka ini akan terus ditarbiyah kerana PAS bukan hanya sebuah parti politik tetapi juga sebuah gerakan dakwah dan tarbiyah.

Dr Azman Ibrahim
27 Julai 2017 – HARAKAHDAILY 27/7/2017