DMPM pelawa sertai Umrah Tarbawi 2017

MEMETIK kelebihan bagi orang yang mengerjakan ibadah umrah dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud : “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”.

Advertisement

Demi menyahut seruan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama El-Izzah Travel & Tours Sdn. Bhd mengambil inisiatif untuk menganjurkan Umrah Tarbawi bersama Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM). Beliau juga akan turut menjadi salah seorang mutawif bagi umrah ini.

Umrah Tarbawi 2017 bakal disajikan dengan pelbagai pengisian ruhani, penghayatan serta pengalaman yang penuh bermakna.

Pakej yang merangkumi penerbangan dan tempat tinggal yang selesa sedikit sebanyak akan mempermudahkan urusan jemaah.

Ayuh! Ambil peluang untuk bertemu Rabb sang Pencipta di tanah suci Makkah dan jadilah sebahagian daripada jemaah Umrah Tarbawi kali ini.

Pihak DMPM menyeru dan mengajak semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama menyertai umrah ini. Bagi yang ingin turut serta, boleh menghubungi :

Mardhiah di talian 013-200 2465 ATAU Hafiza di talian 013-215 4483.

Al-Bukhari meriwayatkan, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud: “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga”.

Mudah-mudahan kita terpilih menjadi tetamu Allah dan diampunkan segala dosa sebelum pertemuan dengan Yang Maha Agung di Padang Mahsyar nanti. – HARAKAHDAILY 28/9/2017

UmrahT