Pembukaan Al-Aqsa kejayaan buat rakyat Palestin

RIBUAN rakyat Palestin kembali memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa di Yerusalem Timur yang diduduki, setelah hampir dua minggu dihalang zionis Israel.

Advertisement

Zionis kini menarik balik batas had umur memasuki Al-Aqsa pada Jumaat lalu selepas berjaya ditundukkan. Kini, semua pintu masuk akan dibuka untuk rakyat Palestin tanpa had umur.

Terdahulu, polis Israel menutup kemasukan ke kompleks Masjid Al-Aqsa tersebut bagi lelaki di bawah usia 50 tahun. Pengumuman tersebut dibuat beberapa jam sebelum solat Jumaat bermula.

Ekoran tindakan itu, ribuan Jemaah terpaksa menunaikan solat di jalanan dan di luar pintu pagar. Al-Jazeera dalam laporan sama menyatakan 10,000  jamaah berjalan untuk memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat Zohor.

Selain itu, bantahan kecil terhadap larangan ini turut berlaku selepas solat di bandar-bandar yang berbeza di Tebing Barat yang diduduki zionis.

Menurut laporan Bulan Sabit Merah, zionis Israel telah melepaskan tembakan peluru dan gas pemedih terhadap penunjuk perasaan di Bethlehem.

Kemudian, seorang pemuda turut ditembak mati oleh tentara Israel yang dituduh melakukan cubaan membunuh di selatan Bethlehem berhampiran blok permukiman Gush Etzion.

Namun, saksi rakyat tempatan mengatakan, tentara Israel menembak Abdullah Taqatqa yang berusia 24 tahun dari jarak 20 meter dari mereka.

Protes juga terjadi di sepanjang sempadan Gaza, yang meragut nyawa Abdelrahman Abu Humeisa, 16, selepas dibunuh tentara Israel. Tujuh warga Palestin lainnya juga tercedera.

Sepanjang tempoh lebih daripada 12 hari protes berlaku, tentera Israel telah mencederakan lebih 1,000 penduduk Palestin semasa pertempuran. Demikian menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Pantauan terbaru oleh Stefanie Dekker dari Al Jazeera, yang melaporkan dari luar Gerbang Damaskus, mengatakan situasi kini kembali damai.

“Terdapat beberapa pertengkaran di sekitar Lion’s Gate dan Wadi Joz, tetapi secara umum semuanya telah berlalu secara aman,” katanya, merujuk kepada kejiranan Palestin di utara Old City. (http://ulamasedunia.org)