Banyak buah fikiran Ustaz Azhar mencuit hati – Mufti

PENDAKWAH ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus serta rombongan mengunjungi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.

Advertisement

“Ahlan wasahlan kepada Sohibul Fadhilah Ustaz Azhar Idrus serta rombongan. Terima kasih atas ziarah mahabbah kepada pejabat kami pagi ini,” tulis Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman facebook beliau.

Berikut coretan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Ahlan wasahlan kepada Sohibul Fadhilah Ustaz Azhar Idrus serta rombongan. Terima kasih atas ziarah mahabbah kepada pejabat kami pagi ini.

Alhamdulillah, Banyak isu yang dibincangkan dengan penuh mahabbah. Banyak buah fikirannya yang mencuit hati. Semoga pertemuan ini boleh mendekatkan sebuah kefahaman yang jelas berkaitan agama Islam.

Kami dapati beliau seorang pendakwah yang mempunyai gaya yang tersendiri dalam mengajak ummah kepada Islam. Semoga ukhwah Islamiah ini hingga ke jannah.

(Foto daripada fb Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri)