Awas ‘mata kail’ Umno kepada peneroka Felda

LAPORAN Utusan Malaysia 31 Julai dirujuk, bahawa terdapat beberapa Peneroka di Pahang yang dikatakan insaf dan ingin kembali ke pangkuan Felda selepas sebelum ini mereka bertentangan dengan Felda.

Advertisement

Bagi kami di NGO GENERASI tiada masalah untuk mereka kembali kepada Felda apatah lagi perjuang Generasi bukan sekadar membela hak hak peneroka, lebih dari itu kami juga mahu Felda kembali diurustadbir dengan baik dan kembali gemilang seperti suatu masa dahulu apabila Felda tersenarai antara syarikat perladangan paling berjaya di dunia ini dan ramai yang mahu mencontohi kaedah Felda beroperasi.

Zaman gilang gemilang Felda di bawah Tan Sri Raja Alias,  Tan Sri Yusof Noor membawa imej Felda di mata dunia tetap menjadi impian kami apatah lagi Generasi sangat prihatin dengan usaha menambahbaik perjalanan Felda.

Namun apa yang membimbangkan kita adalah umpan dan gula-gula pilihan raya yang ditabur Umno BN selepas pengumuman pemberian khas dan insentif oleh BN pada bulan lepas bisa sahaja menjadi ‘mata kail’ sebagai umpan yang dibimbangi ditelan menyebabkan Peneroka Felda nanti tercekik semula pasca pilihan raya.

Buktinya ada, Umno BN mengumpan pelbagai tawaran sebelum PRU13 dan sebelumnya termasuk isu Rumah Generasi Kedua Felda (PGBF)  yang mana akhirnya hanya menjadi janji palsu,  sejumlah 20,000 unit yang disebutkan tidakpun siap hingga kini. Malah ada unit yang telah siap tidak diagihkan kepada penerima yang selayaknya.

Kali ini janji ‘bulan bintang’ dengan insentif khas habuan tunai RM5000 setiap peneroka yang menyertai Felda dan lain lain insentif bisa sahaja mengaburi mata warga Peneroka,  yang kita bimbangi hanya akan menyebabkan sokongan mereka kembali kepada Umno BN yang telah banyak melalukan kerosakan ke atas Felda selama ini khususnya semasa Felda di era kepimpinan Kerajaan BN hari ini.

Bagi Kami di GENERASI,  warga Felda boleh sahaja nikmati insentif tersebut,  namun jangan sesekali termakan hempedu yang terselit di sebalik insentif yang banyak kerana kesannya nanti selepas pilihan raya,  pahit hempedu akan dirasai akibatnya.

Jangan lupa kesengsaraan hutang tabung tanam semula yang dilalui oleh warga Felda sekian lama dan ia harus sekali menjadi ingatan semua bahawa jerat jika kembali kepada Felda.

Teruskan perjuangan menukar rejim BN yang telah rosak dan menyebabkan Felda rosak mutakhir ini,  dan peneroka perlu menolak pemimpin yang korup dan terbukti sebenarnya hanya berlakon untuk mendapatkan undi,  agar masa depan Felda dan warganya kembali terbela.– HARAKAHDAILY 1/8/2017