Abai kutipan sewa bulanan tidak sah kementerian

TINDAKAN Pejabat Pengurusan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengutip sewa bulanan daripada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Taman Putra Damai jelas tidak sah.

Advertisement

Pengerusi Jawatanluasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, hal itu ekoran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) masih lagi pengurus bangunan sah pangsapuri terbabit.

“Tindakan KPKT memungut sewa tidak sah kerana bangunan belum diserah kerajaan negeri kepada KPKT.

“MBPJ masih menyelenggara PPR Lembah Subang, justeru saya menggesa penduduk jangan bayar sewa kepada KPKT tetapi bayar kepada MBPJ seperti biasa,” katanya dipetik SelangorKini.

Adun Chempaka itu menambah, KPKT juga harus membayar RM60 juta kos penyelengaraan dan baik pulih yang dijalankan MBPJ jika mahu mengambil alih pengurusan pangsapuri terbabit.

Tegasnya, KPKT juga tidak mempunyai hak untuk menghalau mana-mana penduduk di PPR itu.