Audit: Kelantan buktikan ketelusan pentadbiran

LEGASI pentadbiran Islam di bawah gagasan Membangun Bersama Islam yang diaplikasikan dalam Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya membuka mata masyarakat menilai kualiti pengurusan Islam sebenar.

Advertisement

Kegigihan Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Kelantan berlandaskan syariat adalah satu usahah mempamerkan kemurniaan Islam tanpa dicemari unsur-unsur meragukan.

Pastinya cabaran dalam berhadapan dengan pelbagai ujian dalam mengekalkan momentum memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan bersih daripada segala krisis bukannya mudah namun ia perlu diteruskan bagi memberi isyarat bahawa bila bersandarkan kepaa Islam kehidupan kita tidak pernah rugi.

Pengiktirafan yang diberikan kepada Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan memperoleh markah 99.0% untuk Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini.

Ini menjadi penanda aras kepada rakyat untuk memahami apabia kita meletakkan keyakinan kepada Islam pasti ketelusan pentadbiran terhindar daripada pelbagai krisis-krisis pembaziran dan seumpamanya.

Kejayaan Kelantan ini bakal menjadi satu langkah membina momentum kepada masyarakat agar memilih Islam untuk diberikan kepercayaan membawa kemajuan Malaysia tanpa didasari korupsi serta ketirisan yang akhirnya membebankan kehidupan rakyat.

RAZMAN ZAKARIA
Pesuruhjaya PAS Perak
3 Ogos 2017M / 11 Zulkaedah 1438H – HARAKAHDAILY 3/8/2017