Jabatan Hutan Kelantan bebas rasuah – SPRM

JABATAN Perhutanan Negeri Kelantan disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas rasuah.

Advertisement

Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata, berdasar penelitian pihaknya kakitangan jabatan itu tidak terlibat dengan gejala berkenaan.

“Biarpun pihak kami pernah menerima aduan berkaitan rasuah, namun hasil tinjauan dan siasatan unsur berkenaan tidak berlaku,” katanya kepada media selepas merasmikan Memorandum Ikrar Bebas Rasuah antara Jabatan Perhutanan  dengan SPRM.

Program berkenaan diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, hari ini.

Sehubungan itu Moh Shamsudin berharap prestasi itu dipertahankan, di samping ikrar tersebut sebagai ‘janji’ untuk menolak rasuah.

“Dengan tagline ‘Jabatan Perhutanan tolak rasuah dan lapor rasuah’, kita berharap mereka kotakan apa yang dijanjikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/8/2017