Solat hajat sempena Hari Kemerdekaan

KERAJAAN Kelantan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk solat hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi Kota Bharu sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Advertisement

Solat hajat itu akan diadakan serentak di masjid peringkat jajahan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, program tersebut dirancang bagi memeriahkan lagi suasana serta sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Kelantan.

Katanya, pelbagai aktiviti dengan penglibatan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di semua tempat.

“Menjadi harapan kita agar masyarakat dapat melahirkan rasa cinta kepada negara melalui kibaran Jalur Gemilang. Perbuatan ini merupakan sebahagian tuntutan dalam Islam iaitu cinta kepada negara,” katanya pada pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Pasir Puteh hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Datuk Daud Muhammad dan anggota-anggota Exco serta wakil rakyat. – HARAKAHDAILY 10/8/2017