Kerajaan DAP nak halalkan perniagaan haram?

AMAT pelik dan luar biasa apabila membaca kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dipetik FMT bahawa tindakan Exconya dalam isu Kilang Penapis Karbon di Bukit Mertajam adalah semata-mata melaksanakan polisi Kerajaan Negeri untuk menghalalkan perniagaan haram yang ditubuhkan sebelum 2008.

Advertisement

Wajarkan polisi itu terus diangkat Kerajaan Negeri? lebih-lebih lagi Adun Penanti sendiri pernah melaporkan pencemaran asap kepada penduduk di sekitarnya termasuk insiden kemalangan yang berlaku di Kilang berkenaan semenjak Febuari 2015 lagi.

KilangH 3Apakah tindakan yang diambil Kerajaan Negeri untuk melindungi Kesihatan dan Keselamatan penduduk setempat terhadap Kilang yang dilaporkan telah beroperasi semenjak 10 tahun yang lalu?

Adakah kerana polisi berkenaan, wajarkah penduduk setempat dipaksa menanggung kesan pencemaran dari Kilang tersebut sehingga Kilang tersebut ‘dihalalkan’? wajarkah pekerja di Kilang berkenaan terus terdedah juga dengan potensi kemalangan?

Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) ingin melahirkan ucapan Syabas dan Tahniah kepada Adun Penanti kerana berjaya meletakkan kepentingan Rakyat dan Pekerja jauh lebih tinggi dari kepentingan politik kepartian, walaupun terhadap rakannya sendiri dari kalangan pemimpin Kerajaan negeri apabila melibatkan Kesihatan dan Keselamatan Rakyat.

LATAS juga ingin melahirkan sokongan padu kepada SPRM dan berharap kesemua individu yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

Kami terkilan juga kerana kesemua Kilang Haram tidak sepatutnya diberi peluang untuk beroperasi, lebih-lebih lagi dalam jangkamasa yang lama. Haram tetap Haram dan sewajarnya tindakan pertama yang sepatutnya diambil oleh pihak berwajib ialah menghentikan operasi kesemua Kilang Haram terlebih dahulu. Hanya selepas mereka memenuhi kesemua syarat yang telah ditetapkan pihak berwajib, barulah kebenaran operasi dikeluarkan.

Insya-Allah, LATAS bersama-sama NGO Pantai dan NGO Rakan Alam akan menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri, Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan MPSP supaya isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera demi keselamatan penduduk dan pekerja. – HARAKAHDAILY 13/8/2017

(Penulis adalah Pengerusi Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pulau Pinang (LATAS)

KilangH 4

KilangH 2