Dokumen Hijau perjelas PAS akan hapuskan GST

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) akan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia terdapat unsur ketidakadilan terhadap rakyat khususnya masyarakat berpendapatan rendah.

Advertisement

Perkara ini termaktub dalam Dokumen Hijau yang telah dilancarkan oleh PAS sejak 2016 lagi. Ini adalah sebahagian daripada perjuangan PAS bagi membela rakyat.

Dalam dokumen tersebut dinyatatakan;

MAminuddinPAS berpandangan, mekanisme pelaksanaan GST yang mengutip cukai berdasarkan kepada perbelanjaan semua rakyat termasuk golongan fakir dan miskin adalah bertentangan dengan prinsip Islam.

Saya amat yakin bahawa rakyat Sabah yang sebahagian masih berada pada tahap miskin amat merasai kesusahan akibat pelaksanaan GST oleh kerajaan ini.

GST telah terbukti menaikkan harga barang dan membebankan rakyat, sekaligus meningkatkan kos sara hidup.

PAS sama sekali tidak akan berkompromi dengan perkara seumpama ini. Dalam Dokumen Hijau tersebut, PAS telah mencadangkan supaya kerajaan menggantikan cukai ini dengan cukai atas simpanan syarikat dan korporat dan juga Cukai Perdagangan Keuntungan di Bursa Saham Malaysia.

Dengan penyelesaian seumpama ini, rakyat bawahan tidak akan dikenakan cukai.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah
15 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 15/8/2017