Himpunan mega umat Islam perlu digerak

PERHIMPUNAN besar umat Islam perlu digerakkan dari semasa ke semasa untuk menangani masalah ummah di peringkat dunia.

Advertisement

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, dengan kesatuan yang dizahirkan melalui perhimpunan, masalah melibatkan umat Islam dapat diatasi bersama.

Katanya, perhimpunan bukan hanya untuk memperlihatkan kekuatan umat Islam, sebaliknya mampu dijadikan medan penyelesaian ummah di peringkat global.

“Islam akan kuat sekiranya umat Islam bersatu dan begitulah sebaliknya,” ujarnya pada majlis kesyukuran Ijtima Kelantan 2017 di Kota Bharu, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Man Tuan Ibrahim, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Ijtimak Kelantan 2017 diadakan pada 22 Julai lepas yang dihadiri puluhan ribu pendokong Islam dari seluruh negara, di Stadium Sultan Muhammad Ke IV.

Sebelum itu diadakan Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah yang membabitkan peserta dari 27 negara. – HARAKAHDAILY 15/8/2017