Pemimpin Umno ugut penjawat awam?

SELAIN umpan projek segera, Umno juga didakwa mengugut penjawat awam bagi mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.  

Advertisement

WIsmailWJYang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata, ada penjawat awam meluahkan perasaan takut ekoran ugutan daripada pemimpin parti tersebut.

“Ramai penjawat awam khususnya guru diberikan ugutan sehingga mereka takut untuk mengundi pada PRU akan datang.

“Mereka takut kerana kerahsiaan pada kertas undi tidak lagi boleh dipercayai kerana ia boleh dimanipulasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada ceramah di Medan Ilmu Pasar Peringat malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Wan Ismail juga berkata, beliau memberi jaminan tiada siapa yang dapat mengetahui undian masing-masing sehingga semua kertas itu dilupuskan.

“Saya kata kepada mereka tidak perlu takut, ini semua ugutan kerana Umno sudah mengetahui mereka semakin kehilangan kuasa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/8/2017