PAS bukan mahu rampas jawatan semata-mata

PAS bukan sekadar mahu merampas jawatan semata-mata atau sekadar membalas dendam terhadap mereka pernah yang menjatuhkannya tetapi peranan PAS adalah menjadi penyelamat bersama Islam supaya yang bersalah kembali ke pangkal jalan.

Advertisement

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Ustaz Husain Awang berkata, mesej politik Islam adalah mengajak manusia bersama Islam dan menjadi penyelamat serta mengemukakan penyelesaian terhadap semua masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Islam menunjukkan bahawa punca dan sebab paling utama adalah masalah akidah dan akhlak. Tetapi aspek ini tidak diminati oleh masyarakat umum hari ini untuk diselesaikankeran a mereka hanya berfikir di perut, bukannya berfikir di kepala dan hanya mengutamakan masalah kehidupan yang sangat menekan.

“Jauh sama sekali untuk memahami bahawa punca segala masalah di sebabkan oleh kefahaman yang salah,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen dan Muqasyah Rakyat Negeri Terengganu di Masjid Lama Kampung Sura, Dungun, hari ini.

Oleh itu katanya, PAS mempersiapkan diri petugas dan jentera parti dengan semua semua pihak mempunyai peranan masing-masing.

Jelasnya, ahli dan penyokong mempunyai peranan yang sangat penting, menggerakkan jamaah atau parti manakala pemimpin pula bertugas merangka strategi, merancang pelaksanaannya.

“Ahli dan penyokong terus secara langsung berdepan dengan pengundi dan cabaran di bawah. Manakala pemimpin pula bertugas merangka strategi.

“Semua pihak melaksanakan dari sekecil-kecil tugas hinggalah sebesar-besarnya dalam PAS adalah sangat penting,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan, tujuan PAS memasuki pilihan raya adalah untuk menang dan bukan untuk kalah.

Katanya, perjuangan dan pengorbanan ahli-ahli dan penyokong adalah untuk mmemenangk Islam.

“Perlu jelas sejelas-jelasnya, tujuan kita menyertai pilih raya untuk menang. Adalah tidak masuk akal, kalau ada yang menyebut bahawa PAS menyertai pilihan raya untuk kalah.

“Bagaimana mungkin kita berusaha begitu bersungguh-sungguh dengan jiwa raga kita, bergolok dan bergadai harta, tidur malam terganggu, tetapi kononnya kita memasuki pilihan raya untuk tidak menang.

“Hakikatnya ialah kemenangan yang kita inginkan adalah kemenangan untuk Islam,” jelasnya lagi.

MUNA4