Bot ditemui tanpa suami

BOT gentian kaca milik nelayan pantai, Zakaria Omar, 58, dari Kampung Jambu Bongkok, Marang telah ditemui dengan injinnya ‘masih hidup’ tetapi tuannya tidak ada.

Advertisement

Tambah menghairankan kata isterinya, Fatimah lbrahim, 50, semua peralatan masih ada dalam bot itu ketika ditemui tersadai di tepi pantai dekat Rantau Abang, lapor Buletin Online.

bot3“Ikan hasil tangkapan ada di dalam bot, semua peralatan ke laut juga ada, pukat masih berada di dalam air tapi suami saya tak ada,” ujarnya sedih, ketika ditemui menerima kunjungan To’ Puan Zainab Awang Ngah, isteri Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, kelmarin.

Turut sama ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu, Zarani Othman dan Ketua Muslimat Dun Pengkalan Berangan, Noridah Majid.

Fatimah berkata, beliau tidak menyangka laut yang tenang pada 14 Ogos lalu membawa berita menyedihkan kepada seisi keluargnya.

“Saya mempunyai tujuh orang anak, yang bongsu berusia 19 tahun.

“Pagi itu laut sungguh tenang seperti biasa. Nelayan turun seawal mungkin. Mereka turun bersama tetapi bot masing-masing mereka semua pulang, tapi suami saya tak,” tambahnya sedikit hiba.

Menurutnya, suami beliau keluar menahan pukat pada kira-kira jam 4 pagi dan apabila semua rakan-rakannya pulang, kelibat suaminya tidak kelihatan.

Setelah menyedari suaminya tidak pulang pada petang itu, Fatimah pergi ke pangkalan nelayan untuk bertanya kepada rakan-rakannya namun hampa.