Allah mahu kukuh jiwa kita dengan kata buruk mereka

JIKA anda melihat atau mendengar seseorang memperlekehkan para ulama, para solihin atau kumpulan mereka dengan gelaran ‘orang suci’ atau ‘parti suci’, maka ketahuilah bahawa Allah telah mengilhamkan kepadanya dengan jawaban dan kata-kata perlekehan kaum Nabi Luth terhadapnya saat baginda menyeru kepada Allah:

Advertisement

“Keluarkanlah mereka (Luth dan pengikutnya) dari negeri kamu. Sesungguhnya mereka adalah manusia yang menyucikan diri (daripada amalan liwat).” – al A’raf:82 (lihat juga al Naml: 56)

Berkata Qatadah: “Mereka mengaibkan nabi dan pengikutnya dengan amalan yang bukan aib.”

“Itulah seburuk-buruk ilham. Saling menyerupai hujah dan jawaban sesama mereka,” ujar AJK PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi tulisan di laman facebook.

Justeru, katanya usah merasa lemah dan sedih.

“Allah mahu mengukuhkan jiwa kita dengan kata-kata buruk mereka,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 27/8/2017