Hujah Lapuk Mahathir Sejak Dulu

KUALA LUMPUR: Mengaitkan tragedi Memali dengan ‘amanat’ Tuan Guru Abdul Hadi adalah hujah lapuk Tun Dr Mahathir sejak dahulu lagi, sedangkan tragedi Memali berkaitan penentangan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bukan ‘amanat’ itu.

Advertisement

Pengerusi Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Mohd Hazmi Dibok berkata, sejak dahulu PAS konsisten meminta agar keadilan diberikan kepada keluarga para syuhada’ kerana kertas putih yang pernah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dulu berat sebelah dan dipertikaikan faktanya.

{mprestriction ids=”1,2,4,5,”}

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi Akademi Tarbiah pernah menerbitkan buku berjudul Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta pada tahun 2013 bagi memberi penjelasan kepada rakyat yang terpedaya dengan mainan Umno-BN terhadap isu tersebut.

Atas sebab tersebut jugalah katanya kepada Harakah, 25 Ogos lalu, beliau menyokong saranan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Khalil Abdul Hadi agar Tuan Guru Abdul Hadi diberi peluang untuk memberikan penjelasan terbuka selama satu jam di mana-mana rangkaian televisyen rasmi kerajaan.

“Sebab itu PAS meminta agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) disegerakan agar ada pihak berautoriti yang berkecuali yang melakukan siasatan.

“Pihak kerajaan mesti segera menubuhkan RCI tersebut agar siasatan secara telus dapat dilakukan dan tidak hanya seolah-olah baling batu sembunyi tangan. Ini adalah isu kemanusiaan dan hak ahli keluarga mangsa Memali yang difitnah,” katanya.

Sehubungan itu beliau memberi peringatan kepada kerajaan agar jangan hanya memfokuskan isu itu untuk keuntungan politik bagi menyerang Mahathir.

Sebaliknya, kata beliau, lebih daripada itu kerajaan patut bersedia bertanggungjawab dan kembali membersihkan nama para syuhada’ dan ahli

{/mprestriction}