PAS Ziarah Mangsa Memali

BALING – Kira-kira 83 orang mangsa tragedi Memali yang terdiri dari balu-balu para syuhada, bekas tahanan serta ahli keluarga mangsa hadir dalam satu perjumpaan
bersama PAS Pusat, negeri dan Lajnah Undang-undang PAS Pusat (LUHAM), baru-baru ini.

Advertisement

Sempena perjumpaan berkenaan, satu jawatankuasa Khas Tragedi Memali yang dipengerusikan oleh Dato’ Yusof Husin, ditubuhkan untuk menguruskan desakan penubuhan
Suruhanjaya Siasatan DiRaja(RCI)Tragedi Memali serta lain-lain urusan berkaitan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor, yang juga merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat, ketika ditemui Harakah memaklumkan, beliau diarahkan oleh PAS Kedah untuk menjayakan proses penubuhan RCI berkenaan.

“Kita memilih Dato’ Yusof Husin sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu disebabkan beliau merupakan salah seorang yang terlibat secara langsung dengan kejadian Memali ini selain sebagai bekas tahanan ISA dan Ahli Dewan Negara.

{mprestriction ids=”1,2,4,5,”}

“Sementara itu Timbalan Pengerusi diamanahkan kepada Setiusaha PAS Baling, Cikgu Nasir Idris dan anak mangsa tragedi Memali, Ustaz Mohd Rosli Azmi, sebagai
setiausaha,” jelas beliau lagi.

Sehubungan itu katanya, diperingkat PAS Pusat, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, telah dilantik untuk mempengerusikan Jawatankuasa Khas Memali, sementara
Muhammad Sanusi sendiri selaku timbalan dan ketua urusetia.

Semua mangsa tragedi Memali yang ditemui itu menyambut baik akan tindakan berkenaan dan mengharapkan ia dapat disegerakan.

Selain itu mereka turut berkongsi pengalamanyang mereka alami semasa mahu pun sebelum tragedi berdarah itu berlaku.

“Walau bagaimana pun kita tidak membenarkan mana-mana media mengambil sebarang kenyataan dari mangsa mahu keluarga mangsa berkenaan.

“Sebarang kenyataan media berkaitan tragedi Memali hanya boleh dikeluarkan oleh PAS Pusat dan Kedah sahaja. Ini bertujuan agar tidak timbul kekeliruan faktayang boleh dieksploitasikan oleh musuh-musuh politik PAS atau lain-lainnya,” sambungnya lagi.

Sempena perjumpaan itu juga, Pengerusi LUHAM,PAS Kedah,Mohamad Taufik Baharom, turut menyampaikan taklimat berkaitan perundangan kepada mangsa-mangsa tragedi Memali dan jawatankuasa berkenaan.

Turut hadir, termasuklah Setiausaha dan bendahari PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad dan Sobri Osman.

{/mprestriction}