Atlet dapat emas, Rohingya lari ke hutan

ASEAN yang menggabungkan komuniti negara-negara di Asia Tenggara perlu bertindak segera menangani kesengsaraan etnik Rohingya yang tiada penghujung di Myanmar sekarang.

Advertisement

DrZulYaacobYang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (Kayma), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, negara terbabit tidak perlu hanya berbangga pencapaian emas di sukan SEA tanpa melihat aspek kemanusiaan yang semakin terhakis.

Katanya, ketika atlet berlari di padang merebut emas di sukan SEA, namun etnik Rohingya terpaksa melarikan diri ke dalam hutan.

“Lebih malang lagi mereka tanpa mendapat bantuan kemanusiaan dari rakan-rakan di Asean. Malah dinafikan hak kebebasan bergerak.

“Akses kesihatan, pendidikan dan jauh sekali perumahan kerana pemerintah Myanmar mendakwa etnik Rohingya kelompok imigran yang tidak diterima di Bangladesh,” katanya di Kota Bharu.

Dr Zulkeflee yang juga pensyarah di UPSI berkata, Partai Arakan Nasional (ANP) parti yang dominan di Rakhine membiarkan ratusan ribu Muslim Rohingya lari meninggalkan kampung halaman.

Malah katanya ribuan lagi tinggal di perkampungan sementara sejak 2012. Kata beliau keganasan dibiarkan berlaku kerana pemerintah Myanmar tidak mengakui etnik Rohingya sebagai warganegaranya.

“Inilah punca utama ekstremis Buddha ganas dan kejam terhadap penduduk Muslim tempatan.

“Ketika jiran Myanmar berdiam diri penderitaan etnik Rohingya, namun mendapat reaksi dan simpati pemerintah Turki dan Aceh yang mengutuk dan menghulur bantuan idea dan material.

“Atas sifat  kemanusiaan tinggi Raja Faisal Abdul Aziz juga membangun puluhan ribu kem Rohingya dan suku juta tinggal di Arab Saudi sejak dahulu,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/8/2017