Pasti Kelantan tangani ‘stress’ guru

PENGURUSAN Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kelantan mengambil inisiatif menganjurkan seminar stress bagi membantu guru-gurunya meningkat mutu kerjaya.

Advertisement

Pengarah Pasti Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, seminar yang dihadiri semua guru Pasti diadakan semalam dikendalikan Exco Akademi Kepimpinan Pemuda Pusat, Zaim Zain.

Katanya, program itu diadakan bertujuan untuk mengurangkan tekanan sewaktu mengajar dalam kalangan guru-guru Pasti.

“Ada guru Pasti tidak mampu membendung sifat amarahnya sehingga boleh bertindak di luar jangkaan.

“Kita tahu mendidik kanak-kanak bukan suatu perkara yang mudah, kadang-kadang terbawa-bawa sifat amarah.

“Tetapi kita kena kembali kepada tanggungjawab yang asal iaitu amanah mendidik kerana Allah,” katanya ketika merasmikan Seminar Pengurusan Stress dan Penyampaian Elaun Guru-Guru Pasti di Putik. – HARAKAHDAILY 30/8/2017