Timbus kesalahan Mahathir dengan Tabung Mangsa Memali

KUALA LUMPUR: PAS amat kesal dengan sikap pihak-pihak tertentu, terutama para pemimpin dan penyokong-penyokong PAN, yang sanggup membangkitkan kononnya isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, disebabkan kesayangannya yang teramat sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Advertisement

Pada hal, Tabung Mangsa Memali yang pernah ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim, mangsa Memali yang terlantar sakit dan ditahan ISA itu dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah, manakala setiap sen derma telah disalurkan kepada yang layak dan berhak menerimanya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, dakwaan tentang kononnya wujud penyelewengan itu telah timbul semenjak Almarhum Dato’ Fadhil Noor masih hidup lagi.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan polis telah menjalankan siasatan dan hasilnya tiada siapa yang ditahan dan didakwa di mahkamah yang secara langsung membuktikan tiada penyelewengan berlaku sebagaimana yang dituduh.

{mprestriction ids=”1,2,4″}

Katanya, jika mereka hendak sayang dan puja Mahathir terpulanglah kepada mereka, tetapi kerja hendak menutup isu sebenar dengan membangkitkan isu picisan seperti itu adalah tidak berakhlak.

“Pelbagai tuduhan penyelewengan yang dibangkitkan PAN dalam pelbagai isu, setakat ini tiada satu pun yang ada merit dari segi undang-undang. Berjela tuduhan penyelewengan dihadapkan kepada pimpinan Kerajaan Kelantan tetapi faktanya tiada seorang pun pimpinan PAS Kelantan yang dipakaikan baju oren SPRM dengan tangan bergari.

“Jadi, kalaulah Malaysian Book Of Records ada kategori pembuat tuduhan rambang yang paling hebat, maka PAN berhak dicatatkan dalam Malaysian Book of Records,” katanya ketika dihubungi Harakah, 25 Ogos lalu.

Beliau menegaskan, para pemimpin dan ahli-ahli PAS yakin, saudara-saudara mereka yang terkorban dalam Peristiwa Memali itu adalah syahid dan mereka dikebumikan dengan pakaian yang berlumuran darah tanpa dimandikan sebagaimana selayaknya jenazah para syuhada.

“Mahathir pernah cabar PAS supaya gali semula kubur untuk membuktikan mereka benar-benar syahid. Dijawab oleh Almarhum Dato’ Fadhil Noor, buat apa kami nak gali sebab kami memang yakin bahawa mereka syahid. Kalau kamu tak yakin, silakan kamu gali sendiri. Kenapa nak suruh kami gali?

“Dato’ Husam Musa pula kata, “Peristiwa Memali telah menjadi sejarah. Islam mengajar kita melupakan sejarah dan memandang ke hadapan.” Saya jawab ringkas sahaja, nanti jika ada penjenayah yang berjaya melarikan diri dari ditahan polis selama 30 tahun dan akhirnya dapat juga ditahan, maka janganlah ambil loyar PAN. Mereka akan berhujah begini di mahkamah. Anda boleh bayangkan apa reaksi Tuan Hakim,” ujarnya.

Sementara itu, menurut beliau, seorang kenalannya yang juga penyokong PAN berkata kepadanya, kalau hendak ungkit kisah Memali, ungkitlah sekali kisah pembunuhan Syaidina Husin di Karbala.

“Saya pula menjawab ringkas sahaja, nasib baik dia tak suruh ambe ungkit kisah pembunuhan Qabil dan Habil. Mungkin kerana inilah perkataan bodoh masih dikekalkan dalam Kamus Dewan walau ia tak manis disebut dan tak sedap didengar,” katanya.

Beliau menegaskan, dalam Peristiwa Memali, orang Kampung Memali adalah mangsa manakala Mahathir dan Kerajaan Umno-BN adalah pemangsa, masih ramai lagi saksi nyata dan mereka yang menjadi mangsa dalam Peristiwa Memali November 1985 yang masih hidup dan boleh menjadi saksi.

“Lantas, apakah kita mahu membiarkan Peristiwa Memali kekal tergantung menjadi beban sejarah yang amat berat? Mangsa tidak mendapat keadilan dan nama baik Kerajaan Umno-BN tak dibersihkan.

“Mahathir, pemangsa yang sudah tiada gigi mengeluarkan dakwaan terbaru bahawa orang kampung yang memulakan tindakan menikam mati 4 orang anggota polis sehingga mereka layak diserang dan dibunuh. Ini dakwaan yang sangat serius,” ujarnya.

Beliau menegaskan, perlu diingat bahawa tindakan yang diambil oleh Mahathir pada tahun 1985 itu adalah atas kapasitinya sebagai seorang Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, bukan atas sifat tubuh badan Mahathir secara individu dan liabiliti itu dipikul bersama.

“Kerajaan Umno-BN yang masih berkuasa mesti menjadi penegak keadilan. Untuk mangsa dan juga untuk kerajaan. Jangan ingat bila mangsa peristiwa Memali ramai yang sudah meninggal dunia dan Mahathir juga nanti sudah kembali kepada Yang Maha Pencipta, maka Buku Tragedi Memali boleh ditutup,” tegas beliau.

{/mprestriction}