Kepimpinan termasuk mendahulukan hak Allah

zaim

FIRMAN Allah SWT (maksudnya): Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Setelah itu Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “Jadikanlah juga daripada keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima) dan janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.” [Surah Al-Baqarah: 124]

Advertisement

Hari Raya Idul Adha memberi pengertian sebuah pengorbanan besar yang diteladani dari Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. demi suruhan Allah dan turut berdoa agar bumi ini diwarisi oleh kepimpinan yang sentiasa meninggikan tuntutan Allah.

Kepimpinan itu termasuklah yang mendahulukan hak Allah sekalipun dengan mengorbankan harta, jiwa dan segenap kehidupan demi memartabatkan agama Allah di muka bumi.

Justeru itu, dalam memenuhi tuntutan ibadah qurban pada hari kebesaran Idul Adha tahun ini, marilah kita mendoakan kepada seluruh para jemaah haji khususnya rombongan daripada negeri kita agar diberikan kemudahan dan kesihatan semasa menunaikan ibadat dan dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga.

zaimDi kesempatan ini, saya dan seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idul Adha kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri Sabah.

Mudah-mudahan, kita beroleh keberkatan dan ibadah yang dilakukan memberi suatu impak yang berkesan untuk kita menjadi insan yang bersyukur dan mengukuhkan lagi kesatuan umat Islam dengan mengeratkan silaturrahim sesama sanak saudara dan jiran tetangga.

“Sabah Sejahtera Bersama Islam”

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah