Lesen judi: Jamal dicabar nasihati PM

JAMAL perlu nasihat perdana menteri dahulu kerana lesen judi adalah di bawah bidang kuasa persekutuan, kata Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Advertisement

Menurut Khairuddin, tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang memecahkan meja sidang media selepas mengadakan sidang media Gabungan NGO Malaysia sebagai amaran kepada kerajaan Selangor supaya menutup pusat judi di Selangor adalah berniat ingin memperdaya rakyat Selangor.

Jamal turut mengugut akan bertindak melampaui undang-undang jika kerajaan Selangor masih gagal mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membatalkan lesen judi dalam tempoh dua minggu dari sekarang dengan berniat menceroboh pejabat Menteri Besar Selangor.  

“Usahlah memperdayakan rakyat Selangor lagi. Zaman Umno memerintah Selangor dulu juga mempunyai pusat hiburan yang sama juga,” kata Mohd Khairuddin kepada Harakah. – HARAKAHDAILY 5/9/2017