PAS tetap jadi rebutan parti politik

MEREKA mendakwa PAS lemah. Gagasan Sejahtera tidak kuat, tidak ada suatu impak kepada politik. Tetapi, mereka sentiasa menyerang PAS.

Advertisement

“Seolah-olah mereka mengatakan PAS tidak kuat tetapi mereka serang,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, ketika mereka dakwa PAS tidak kuat, kenapa parti Islam tersebut masih lagi menjadi rebutan.

Sehinggakan katanya DAP biar pun sering mengutuk PAS, namun masih menghadap mendapat peluang untuk berbincang.

“Ini seolah-olah DAP tidak percaya, tidak yakin kepada pendirian sendiri tentang kekuatan PAS,” katanya selepas ceramah perdana Himpunan PAS Dungun (Himpun) 2.0 di Tapak Harap-PGU 3.2, Kampung Pulau Serai, Dungun, malam tadi.

Hadir sama Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor; Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli; Pengerusi Lajnah Dakwah dan Kesenian PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.

Adun Rantau Abang, Alias Harun dan Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik. – HARAKAHDAILY 10/9/2017