PH ‘kacau daun’ undi pembangkang di Terengganu

KEHADIRAN Pakatan Harapan (PH) di Terengganu dianggap sebagai ‘kacau daun’ dalam misi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan raya Umum ke-14 tidak lama lagi.

Advertisement

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kehadiran PH menjadi senjata baharu kepada Umno-BN bagi mempertahankan Terengganu.

Katanya, gabungan pembangkang yang diketuai DAP tersebut hanya mahu memecahkan undi terhadap PAS.

“Sebab itu saya sebut mereka cuma kacau daun kepada kemenangan PAS di Terengganu.

“Kalau mereka betul-betul mahu lihat Umno-BN Terengganu tumbang, biarkan kepada PAS lawan Umno pada PRU tidak lama lagi,” katanya di Kemaman.

Beliau yang juga Adun Chukai ditemui selepas menziarahi ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bakau Tinggi, Haji Fauzi yang patah tulang rusuk akibat terjatuh ‘crane’ baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 10/9/2017