Amal Johor anjur program untuk tarik remaja

YAYASAN Amal Johor menganjur program Remaja Sihat Akidah Selamat bagi memantapkan lagi akidah golongan remaja.

Advertisement

Pengerusi Yayasan Amal Johor, Mejar (B) Mohd Fauzi Abd Jalil berkata, program sehari itu diadakan di Kampung Dato’ Abdul Rahman Yassin Sabtu lepas.

Katanya, program terbabit turut diisi kuliah agama, teknik mudah membaca al-Quran dan aktiviti sukan.

“Ia juga dapat mengeratkan lagi institusi kekeluargaan khususnya dalam kalangan umat Islam. Inisiatif Yayasan Amal sedikit sebanyak dapat membantu memimpin remaja mengharungi cabaran berbekalkan akidah yang mantap,” katanya.

Pelbagai aktiviti lain turut diadakan termasuk futsal remaja, demonstrasi sukan memanah, membaiki motosikal percuma, derma darah, peraduan mewarna kanak-kanak, gubahan bunga dan buah-buahan. – HARAKAHDAILY 11/9/2017