PAS, Pasti anjur aktiviti dekati masyarakat

MAJLIS Tindakan Dun (MTD) Kubang Rotan menganjur sukaneka dan majlis ramah mesra bagi mengeratkan hubungan pengurusan Pasti bersama ibu bapa pelajar.

Advertisement

Ketua Halwa MTD terbabit, Rosemidya Yahaya berkata, program itu melibatkan tiga Pasti iaitu Al-Ajwad, Taman Sri Putra dan Pasti Batu 6, dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa pelajar.

Katanya, program itu diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara waris tiga Pasti berkenaan dan mendekatkan PAS bersama masyarakat setempat.

“Melalui acara yang diadakan sekurang-kurangnya dapat mengeratkan silaturahim dan mendekatkan PAS dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di padang awam, Taman Sri Putra Kuala Kedah semalam.

Perasmiannya disempurnakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato’ Siti Ashah Ghazali.

Hadir sama Ketua Muslimat PAS Kuala Kedah, Ustazah Fauziah Abdullah dan ahli jawatankuasa PAS kawasan berkenaan. – HARAKAHDAILY 11/9/2017