Himpunan politik toksik agenda liberal

PERHIMPUNAN ‘wanita bantah politik toksik’ yang diadakan 10 September dianggap rentetan kebiadapan golongan liberal memperkecil-kecilkan ajaran serta akidah agama Islam.

Advertisement

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, langkah berkenaan akan terus dilakukan sekiranya kerajaan tidak mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

Menurutnya, tindak tanduk golongan tersebut dalam Pakatan Harapan seolah-olah sudah mendapat restu serta ‘lampu hijau’ daripada agamawan dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang mendakwa membawa Islam sebenar.

“Perhimpunan itu merupakan lanjutan daripada siri-siri kebiadapan pemimpin DAP dan orang Melayu berfahaman liberal untuk mempertikaikan ajaran agama Islam.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan tindakan mereka terus melarat,” katanya ketika ditemui selepas laporan polis dibuat terhadap David Orok dan peguam Siti Kasim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.

Laporan itu dibuat anggota jawatnkuasa pemuda PAS Kota Bharu, Muhammad Saifullah Zainuddin.  

Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, Naib Ketua, Mohd Arif Abdullah, Ketua Penerangan, Nazman Che Iberahim dan anggota-anggota jawatankuasanya.

Pada Ahad lepas sekumpulan wanita berpakaian warna unggu dipercayai diketuai isteri bekas perdana menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berhimpun bagi membantah politik toksik. – HARAKAHDAILY 12/9/2017