Rantau Abang pernah tembung tiga penjuru

PAS Terengganu pernah berdepan dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) lepas antaranya di Dun Rantau Abang.

Advertisement

Ketika itu calon PAS berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) dan Bebas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Alias Harun berkata, sekiranya berlaku lagi pertandingan tiga penjuru, bermakna kali kedua PAS Rantau Abang akan hadapi.

“Jika berlaku juga ini pengalaman kedualah. Pertandingan tiga penjuru atau lebih mungkin tidak dapat dielakkan dalam pilihan raya kali ini.

“Kami di Dun Rantau Abang memang sedia berhadapan dengan pilihan raya tiga penjuru. Persiapan ke arah itu sudah lama dilakukan,” katanya selepas ceramah perdana Himpunan PAS Dungun (Himpun) 2.0, di Kampung Pulau Serai, Dungun, kelmarin.