Siti Kasim: Muslimat PAS Perlis lapor polis

KANGAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis turut membuat laporan polis terhadap status Facebook oleh Siti Kasim dan David Orok yang telah menghina Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Advertisement

Laporan polis itu telah dibuat oleh Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Latifah Mat yang diiringi beberapa exconya di Ibu Pejabat Polis Kangar, di sini semalam.

Tegas Latifah, tindakan Siti Kasim dan David Orok jelas bermaksud jahat dan bertujuan mengelirukan sejarah umat Islam.

“Kenyataan mereka berdua harus diambil tindakan kerana ia bersifat melampau dan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

“Status Facebook mereka jelas secara sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai ibadah korban,” ujarnya.

Perkembangan isu ini menyaksikan seluruh pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat dan Negeri-negeri telah mengadakan laporan polis agar tindakan undang-undang diambil kepada dua individu tersebut. – HARAKAHDAILY 16/9/2017