Kejutan PM tidak menjadi – Zainal Abidin kidam

zainal kidam

TINDAKAN Presiden Umno,  Dato Seri Najib Razak  memanggil semua  Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menjemput wartawan secara tergempar dan akhirnya hanya mengumumkan kemasukan semula Tan Sri Muhammad Taib kepada Umno adalah tindakan yang bijak untuk mengalih perhatian masyarakat.

Advertisement

Bagaimanapun kejutan yang dinantikan rakyat tidak pun menjadi, malah ia hanya satu perkhabaran yang boleh sahaja diumumkan dalam media sosial sahaja.

Namun dalam masa yang sama kata AJK PAS Pusat, Zainal Abidin Kidam ia juga membawa gambaran sesuatu permainan politik Umno yang cukup tidak bijak.

Malah kata beliau begitu banyak yang berpandangan bahawa Setiausha Agong Umno lebih bijak dari permainan politik yang hendak memperbodohkan rakyat sebegitu rupa.

“Ramai yang yakin bahawa Najib memang ada sesuatu berita penting yang hendak di umumkan cuma perancangan  tersebut tidak menjadi dan terpaksa digugur di saat akhir,” katanya sinikal.

Antara teori yang diutarakan ialah Muhammad Taib bukan saja telah keluar dari PKR tetapi tambah Zainal Abidin, bekas MB Selangor itu katanya telah mampu untuk membawa bersamanya beberapa ADN Selangor dari parti PKR memasuki Umno.

“Dengan kemasukan ADN tersebut Umno dikatakan mampu membentuk kerajaan di Selangor dengan kerjasama PAS,” kata teori yang dilihat hanya memfokuskan fitnah ke atas PAS kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Kata beliau lagi jika ada menganggap terdapat kemungkinan kebenaran kepada teori ini ia terbukti gagal apabila cuba dikaitkan dengan PAS dalam perancangan rahsia tetsebut.

“Ini kerana PAS telah berpuluh kali menegaskan bahawa PAS tidak akan bersama dengan Umno dalam apa jua bentuk kerjasama politik dengan Umno,” tegasnya.

“Berhentilah usaha yang sia-sia dan membuang masa untuk terus mengutuk PAS hendak bersama dengan Umno sama ada dari parti pembangkang atau dari parti Umno sendiri,” kata beliau melaungkan amaran.

Malah katanya lagi mana-mana pihak tidak akan mampu mempengaruhi PAS yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan keputusan yang utarakan oleh ahli PAS dalam Muktamar 2015 dan 2017 dan di putuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS.  – HARAKAHDAILY 18/9/2017