Rakyat mahu kembalikan momentum 1999

HIMPUNAN Fastaqim 2.0 di Pantai Peranginan Tok Jembal pada 29 dan 30 September ini menjadi harapan besar rakyat Terengganu bagi mengembalikan momentum 1999.

Advertisement

Rata-rata orang ramai yang ditemui menaruh harapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan PAS Terengganu pada 1999-2004.

Zor AliasSukarelawan Jabatan Amal Terengganu, Zor Alias, 56, dari Kampung Padang Air berkata, beliau masih lagi terkenang kejayaan PAS Terengganu mentadbir negeri ini.

Katanya, banyak perubahan untuk rakyat dilaksanakan kerajaan PAS ketika itu.

“Janji manifesto pilihan raya umum ke-10 kerajaan PAS Terengganu laksanakan. Apa yang paling saya tidak dapat lupa semasa PAS memerintah Terengganu, penghapusan Tol di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

“Kerajaan PAS juga berjaya mengagih tanah kepada rakyat seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya,” katanya ketika ketika ditemui Kuala Terengganu.

Mustafa IsmailSeorang peniaga kedai makan, Mustafa Ismail, 56, dari Kampung Batu Enam, Dun Bukit Tunggal pula berkata, kemarahan rakyat terhadap Umno dan kerajaan BN tidak dapat dibendung lagi. – HARAKAHDAILY 19/9/2017