Semoga berjaya kepada seluruh atlet paralimpik

ParaAsean

DACS DPP Malaysia mengucapkan selamat berjaya kepada seluruh atlet paralimpik negara di temasya Sukan Para ASEAN 2017 kali ke-9 yang berlangsung dari 17 hingga 23 September ini. Malaysia kembali menjadi tuan rumah selepas 16 tahun berlalu iaitu pada tahun 2001.

Advertisement

ParaAseanSukan Para ASEAN kali ini menawarkan 368 pingat emas daripada 16 jenis sukan yang dipertandingkan kepada lebih 1,400 atlet paralimpik daripada 11 buah negara yang mengambil bahagian.

Kontinjen negara yang menyertai temasya sukan ini seramai 325 atlet dan 167 pegawai. Atlet para negara menyertai 16 jenis sukan untuk mencapai sasaran pungutan pingat sebanyak 103 pingat emas, sekaligus bakal menjadi juara keseluruhan di laman sendiri.

Sasaran ini dilihat tidak mustahil untuk dicapai jika kita rujuk kepada pencapaian terbaik kontinjen negara di Sukan Para ASEAN pada tahun 2001 ketika Malaysia menjadi tuan rumah dengan meraih 132 pingat emas dan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Akhir kalam, DACS DPP Malaysia sekali mendoakan agar kesemua atlet luar biasa negara ini dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap acara yang dipertandingkan dan kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada atlet negara kita tak kira walau berbeza agama dan kaum. Semoga kemenangan menjadi milik Malaysia.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah,
Department of Arts, Culture and Sports (DACS).
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 19/9/2017