Tun Mahathir buat-buat lupa

TUN Mahathir kata kerana kewujudan PAS Melayu berpecah. Bukankah sebelum adanya Umno 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 17 Oktober 1945 yang ditubuhakn di Ipoh Perak. Pimpinan awalnya Mokhtarudin Laso, Dr Burhanudin Alhelmi, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

Advertisement

Persoalannya Umno dengan PKMM siapa beranak dulu. Parti mana yang pemecah orang Melayu, PAS atau Umno? Melayu paling teruk pecah zaman beliau. Bukan setakat Melayu berpecah, Umno asal pun hancur. Tiga Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden terpelanting. Kata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Apa hendak hairan dengan Tun Mahathir fakta sejarah pun dia putar belit. Dulu Tun pernah sebut PAS ditubuh oleh penjajah. Dia cuba hendak padam sejarah bahawa Umno sebenarnya dalam dakapan penjajah.

Ketika semua parti politik kiri diharamkan oleh penjajah Inggeris 1948, Umno hidup segar bugar. Tidak ada siapa berani sanggah fakta Tun, kerana dia berkuasa penuh. Siapa lawan siap. Sekarang apabila tidak ada kuasa baru Tun sedar Rabu, Khamis Jumaat.

Apa yang pemimpin Umno buat sekarang kepada dia, hasil air tangannya. Insya-Allah umur Tun Mahathir panjang sebagaimana doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor. Biar Tun Mahathir tengok hasil kerja tangannya selama 22 tahun.

Yang paling kelakar demi cita-cita politik, Tun Mahathir sanggup pakai tag “Free Anwar”. Siapa yang aib DS Anwar? Mata DS Anwar lebam pun dia kata Anwar yang cedera sendiri. Siapa yang perosok DS Anwar dalam penjara?  Sekarang beliau U turn 360 darjah.  Sejahtera Bersama Islam, bersama Gagasan Sejahtera. – HARAKAHDAILY 19/9/2017