Kunjungan mahabbah Pemuda PAS Perak temui ISMA

IPOH: Pemuda PAS Perak meneruskan langkah dalam meluas dan mengukuhkan hubungan bersama pelbagai pihak dalam usaha menjalin kebersamaan terutama berkaitan ummah dan kepentingan Islam.
 
Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin menjelaskan, peranan itu dalam usaha meninggikan optimistik dan kesedaran ramai pihak berhubung isu umat Islam sejagat merentasi sempadan fahaman politik.
 
Beliau mengutarakan perkara tersebut pada pertemuan Pemuda PAS Perak bersama saf kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perak, di Pejabat ISMA Cawangan Ipoh, hari ini.
 
“ISMA sentiasa memberikan kerjasama baik dalam program penganjuran Pemuda PAS Perak dalam beberapa himpunan solidariti ummah.
 
“Pertemuan kali ini diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala disamping mengenal antara satu sama lain serta berkongsi pandangan berkaitan isu sejagat.
 
“Terima kasih diucapkan kepada pihak ISMA yang sudi menerima kunjungan Pemuda PAS Perak walaupun mempunyai komitmen masing-masing,” ujarnya.
 
Antara kepimpinan Pemuda PAS yang turut bersama dalam pertemuan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Affendi Helmi; Pengarah DACS Pemuda Perak, Abdul Qahar Syam dan beberapa pimpinan lain. – HARAKAHDAILY 20/9/2017
 
Advertisement