Kunjungan hormat TG Abdul Hadi ke pejabat Mufti Wilayah

MF1

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengadakan kunjungan mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Putrajaya, pagi tadi.

Advertisement

“Kunjungan hormat saya bersama rombongan ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya pagi tadi.

“Terima kasih Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dan semua staf di atas kesudiaan menerima kami sebagai tetamu. Alhamdulillah pertemuan yang penuh mahabbah dan kasih saying,” ujar Tuan Guru Abdul Hadi menerusi laman facebook beliau.

Mufti Wilayah Persekutuan menerusi laman facebook beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’ atas ziarah yang bersejarah ini.

Berikut ialah tulisan beliau.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

ZIARAH DAN LIQA’ MAHABBAH BERSAMA TUAN GURU DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG

Pada pagi yang mulia ini – 30 Zulhijjah 1438H – bersamaan 21 Sept, kami dikunjungi Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia yang juga Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kunjungan mahabbah ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Antara perbincangan dan mutiara nasihat ialah

Peranan institusi agama dalam menyampaikan dakwah

Sifat wasatiy dan kesederhanaan perlu dijelmakan dalam kehidupan ini

Memahami fiqh waqie dan realiti dalam menghadapi cabaran semasa

Sikap kita terhadap pelbagai isu

Menghidupkan khazanah ilmiah dengan penyelidikan dan kajian serta berijtihad secara jamaie

Semoga ia memberi manfaat kepada kita dalam memahami realiti semasa untuk menegakkan syiar Islam dengan penuh hikmah dan rahmat.

Kami mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’ atas ziarah yang bersejarah ini. – HARAKAHDAILY 21/9/2017

MF1

MF2

MF4

MF5

MF3