Dapatkan segera t-shirt rasmi Fastaqim 2.0

KUALA LUMPUR: Fastaqim 2.0 yang menyasarkan penyertaan 200,000 penyokong dan pendokong PAS dari seluruh negara akan disemarakkan lagi dengan gelombang hijau sebagai warna tema himpunan.
 
Tema menyerlah, segar dan ceria itu akan melatari landskap alam sekitar semulajadi pada kemuncak himpunan yang akan dilangsungkan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu, 30 September nanti.
 
Ia melengkapi imej dan pendekatan ‘Matang dan Sejahtera’ digagaskan PAS ketika ini, disamping menjadi suntikan semangat dalam mencapai impian membawa Malaysia ke arah “Sejahtera Bersama Islam”.
 
T-shirt rasmi Fastaqim 2.0 berwarna hijau epal (apple green) yang dikeluarkan khas oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kini beredar jualannya di seluruh negara dengan harga RM25 sehelai berlengan panjang dan kualiti kain jenis jersi fiber mikro.
 
Bakal peserta dan orang ramai diseru bersama melakar suasana hijau kemeriahan himpunan dengan mendapatkan t-shirt stok terhad tersebut dari agen dan wakil sah yang dilantik di semua negeri.
 
Pembelian juga boleh dibuat melalui pos dengan menghubungi Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda PAS Malaysia, Shahzada Mohammad Nisar Ahmad Salimi di talian 012-311 6827. – HARAKAHDAILY 22/9/2017
Advertisement