Potensi besar PAS jadi pilihan rakyat

nik amar

PILIHAN yang ada sekarang hanya PAS selepas Umno dan parti parti Pakatan Harapan juga dilanda masalah.

Advertisement

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS kini kembali tenang setelah berlalu kemelut dalaman yang berlaku lebih dua tahun lepas.

Katanya dengan apa yang berlaku sekarang PAS ada potensi besar untuk menjadi pilihan kepada rakyat.

“Lagi pun model pentadbiran Islam sudah ada di Kelantan. Orang ramai boleh melihat sendiri sebuah kerajaan yang terbukti bebas rasuah sehingga sekarang.

“Selain aspek pentadbiran jabatan kerajaan negeri banyak dianugerah prestasi cemerlang peringkat persekutuan, iaitu terbaharu Pejabat Menteri Besar dan SUK mencatat pengurusan kewangan terbaik,” katanya ketika merasmikan sambutan jubli emas PAS Kota Bharu di Medan Ilmu malam tadi.

Sambutan jubli emas PAS Kota Bharu bermula malam Jumaat dan akan berakhir malam ini dengan perasmian Pintu Gerbang Tok Guru, juga di lokasi yang sama.

PAS Kota Bharu juga menganugerah kepada beberapa tokoh veteran yang mewakili Dun Bunut Payong, Kota Lama dan Tanjung Mas.Turut menerima kaum Tionghua.

Tokoh jubli emas PAS Kota Bharu pula dianugerah kepada bekas ketua urusan ulama, Ustaz Idris Yusof.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, timbalannya, Datuk Dr Ramli Mamat, naib, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Muslimat, Rohani Ibrahim.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, PAS Kota Bharu boleh menjadi model kepada PAS kawasan kawasan lain dari aspek pengurusan memandangkan mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Program malam tadi berakhir dengan forum mahabbatan yang menampilkan Ustaz Haslim Bollywood dan Ustazah Asmak Husin. – HARAKAHDAILY 23/9/2017

KotaBharu 1

KotaBharu 2

KotaBharu 3