Kadar bunga 1MDB RM1.9 bilion setahun

BAGI membantu rakyat ketika dihimpit kegawatan ekonomi, PAS Pahang tampil menganjurkan program kahwin beramai-ramai bagi membantu golongan muda berkahwin.

Advertisement

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program tersebut sedikit sebanyak membantu memudahkan urusan perkahwinan, di samping dapat menjimatkan kos.

“Ia juga dapat merapatkan ukhuwah sesama penduduk,” katanya ketika meraikan 10 mempelai pada program Walimatul Urus Perdana 2.0 anjuran PAS Parlimen Kuala Krau di perkarangan Masjid Lama, Rantau Perintis, Bandar Jengka semalam.

Menurutnya juga rakyat sekarang dihimpit kos hidup yang semakin meningkat akibat salah urus ekonomi kerajaan persekutuan.

Antaranya kata beliau kerugian syarikat pelaburan negara, 1MDB memaksa kerajaaan menanggung hutang dengan kadar bunga mencecah RM1.9 bilion setahun.

“Kadar bunga itu menyamai dua tahun bajet kerajaan negeri Pahang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/9/2017